2 KALAU SUDI KOMEN KAT SINI OKE
2 comment(s)
Thanks for reading !!
Old post | New post
9o fakta tentang LELAKI yang PEREMPUAN kena TAHU !!
Ahad, 10 Februari 2013 | 6:14 PTG | 2 Like purple like me
Hyep .. Assalamualaikum Loca People.. Oke... ari ni syaz nak citer sikit pasal LELAKI!!
Hihihihi... nak tau tak..??? oke oke oke... syaz akan senaraikan untuk korang .. especially untuk KAUM HAWA laaa.... :D
Terdapat 9o fakta tentang lelaki yang perempuan KENA KENA and KENA TAHU !!
Oke... syaz teruskan dengan fakta yang pertama...
1. Lelaki tidak mencari perempuan yang cun, tetapi yang mereka cari ialah perempuan yang kemas dan rapi (sedap mata memandang)
2. Lelaki paling pantang apabila melihat buah hati mereka kena ngorat dengan lelaki lain..
3. Lelaki boleh sukakan seseorang wanita itu dan boleh melupakannya dalam sekelip mata sahaja..
4. Bila lelaki mengatakan yang mereka tidak faham, ini bermakna anda tidak berfikiran seperti mereka..
5. ' Awak tengah buat ape ?? ' atau ' Awak dah makan?? ' adalah soalan pertama yang lelaki selalu tanya bila bercakap dalam telefon untuk menghilangkan rasa gagap..
6. Lelaki boleh mengorat awek sepanjang hari.. tetapi, sebelum mereka masuk tidur, mereka akan sentiasa mengingati gadis yang mereka benar-benar sayang..
7. Apabila seseorang lelaki benarbenar suka dekat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri buruk yang ada pada diri anda..
8. Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis .. (bagi mereka, sweet sangat)
9. Lelaki akan membuat apa sahaja untuk menarik perhatian gadis yang mereka suka..
10. Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda..
11. Apabila lelaki mengatakan bahawa dia mahu berjumpa ibu bapa anda, biarkan mereka.. (takkan berani punya melainkan mereka benar-benar serius dalam hubungan )
12. Banyak yang lelaki ingin bagitahu dekat anda, tetapi tidak kesampaian (malu)
13. Lelaki suka menangis..
14. Jangan sesekali terfikir untuk mencetuskan nafsu seorang lelaki.. percayalah !!
15. Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak..
16. Lelaki biasanya akan berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah menolak cinta mereka, ini kerana sukar bagi mereka menerima sebarang kekalahan tanpa usaha yang gigih..
17. Apabila anda menyentuh hati lelaki, jangan pernah berfikir untuk berpatah balik..
18. Memberikan seseorang lelaki ayat gantung akan menyebabkan mereka berfikir jauh dari yang anda fikirkan..
19. Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka..
20. Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila bercakap dengan seorang gadis yang mereka suka.
21. Lelaki tidak suka dengan gadis yang over acting..
22. Lelaki lebih sayang akan anda berbanding anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka benar-benar serius dalam perhubungan..
23. Jika seorang lelaki memberitahu anda yang anda cantik, itu bermakna dia sukakan anda..
24. Anda boleh menyentuh seorang lelaki, tetapi BUKAN pada rambutnya (aset berharga)
25. Kebanyakan lelaki selalunya mendapatkan nasihat bukan daripada kaum lelaki sendiri , tetapi dari kaum wanita..
26. Anda boleh mengatakan seorang lelaki itu baik jika dia mengerjakan apa yang disuruh dan tidak melakukan apa yang dilarang..
27. Jika seorang lelaki dengan tiba-tiba mengajak anda keluar, tanya 'mengapa'? (mesti mereka tergagap-gagap untuk menjawab)
28. Seorang lelaki akan benar-benar sakit apabila mereka mula menangis di hadapan anda..
29. Lelaki kebanyakannya belajar dari pengalaman, bukan daripada buku-buku romantik yang perempuan selalu baca.. (novel)
30. Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda untuk bersama dengan orang lain, itu bermakna dia benar-benar menyintai anda..
31. Berhati-hati !! Lelaki boleh membuat gosip lebih cepat daripada wanita..
32. Kelemahan lelaki adalah di atas lutut..
33. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka..
34. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka..
35. Apabila timbul sesuatu masalah, seorang lelaki akan kelihatan relax je..
36. Biasanya seorang lelaki yang menjaga paras rupa kurang pandai dalam bidang membaiki apa-apa benda..
37. Jika seorang lelaki memberitahu anda bahawa mereka tidak boleh tidur jika tidak mendengar suara anda walaupun hanya untu satu malam.. JANGAN PERCAYA !! mereka akan memberitahu perkara yang sama dengan perempuan lain..
38. Lelaki suka apabila mereka melihat seorang gadis bersumpah..
39. Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menarik perhatian seorang lelaki..
40. Lelaki sayangkan IBU mereka..
41. Kebanyakan lelaki benci GAY !!
42. Seorang lelaki sebenarnya mempunyai banyak lagi masalah daripada yang anda boleh lihat..
43. Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan, lebih-lebih lagi apabila topik itu berkaitan dengan perempuan..
44. Apabila seorang gadis mengatakan 'TIDAK', seorang lelaki akan mendengar perkataan tersebut sebagai 'MENCUBA LAGI'
45. Lelaki tidak dapat menerima perkataan 'DIAMLAH' dengan begitu baik..
46. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu dengan lebih jelas, ini kerana lelaki kurang faham apa yang wanita mahukan..
47. Lelaki sanggup mengorbankan wang mereka untuk mengajak anda makan tengahari hanya kerana beberapa batang bunga sahaja.
48. Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama 'REJECTION'
49. Lebih baik anda memuji seorang lelaki dahulu sebelum anda mempercayainya, tetapi jangan biarkan mereka menunggu lama..
50. Jangan berat sebelah, cuba untuk mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda pasti terkejut dengan kesetiaanya..
51. Lelaki sering memikirkan tentang gadis yang suka kepadanya, tetapi ini tidak bermakna bahawa lelaki tersebut suka akan gadis itu juga..
52. Lelaki sukar untuk mempunyai keputusan yang muktamad..
53. Tiada lelaki yang tidak baik apabila mereka sedang mengorat..
54. Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri, cuma mereka terlalu degil untuk menanganinya..
55. Lelaki suka kepada seorang gadis yang pandai memasak..
56. Lelaki biasanya membuang masa mereka dengan permainan video dan bola sepak..
57. Lelaki selalu menganggap yang perempuan ini aneh dan mempunyai keputusan yang sukar untuk di ramal, tetapi mereka tetap sayang terhadap gadis tersebut..
58. Lelaki tidak suka gadis yang lebih kuat menumbuk daripada mereka..
59. Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ini bermakna sama ada dia kagum terhadap anda atau sedang mengkritik anda dalam diam..
60. Anda tidak akan dapat memahami melainkan anda mendengar sendiri dari seorang lelaki itu..
61. Lelaki suka kepada perempuan yang berperwatakan seperti ibu mereka..
62. Lelaki boleh serta-merta tahu jika seorang gadis itu suka dekat mereka, tetapi tidak dapat memastikan melainkan gadis itu sendiri yang datang untuk memberitahu perasaannya..
63. Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap menggunakan ayat cinta pandang pertama untuk mengorat awek..
64. Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ini bermakna perkara yang ingin disampaikan sangat penting..
65. Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mencuba untuk mengajak anda keluar..
66. Lelaki boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal..
67. Apabila seorang lelaki mengatakan bahawa dia tergila-gilakan gadis tersebut, itu bermakna dia benar-benar serius..
68. Apabila seorang lelaki menyuruh anda untuk membiarkannya bersendirian, dia sebenarnya berkata dalam hati supaya anda tetap menemaninya..
69. Perempuan adalah kelemahan lelaki..
70. Jika anda membuat lelaki menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi lebih sukar untuk mereka melepaskan anda..
71. Ketinggian seorang perempuan adalah tidak begitu penting bagi seorang lelaki..
72. Lelaki lebih suka kepada perempuan yang tahu menggunakan otak daripada yang tahu menggunakan badan..
73. Apabila timbul sesuatu masalah, lelaki akan menyalahkan diri mereka berbandig perempuan..
74. Lelaki suka berfikir..
75. Fantasi lelaki adalah tidak terhad..
76. Lelakii tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan..
78. Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa sahaja..
79. Kalau seorang lelaki mendiamkan diri, cubalah anda yang memulakan perbualan..
80. Apabila seorang lelaki berpura-pura tenang, cuba perhatikan jika dia berpeluh, anda kan tahu sebenarnya dia gementar...
81. Lelaki benci apabila pakaian mereka kotor, walaupun cuma setitik..
82. Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kepada anda ialah apabila dia bergurau dengan anda..
83. Apabila anda mendapat tahu yang dia menipu, dia sememangnya akan meminta diberi peluang yang kedua, jadi BERIKAN, tetapi jika akan mendapat tahu yang dia menipu anda sekali lagi, TINGGALKAN dia..
84. Walaupun gurauan anda tidak lucu, lelaki akan tetap senyum..(jaga hati)
85. Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam perhubungan..
86. Lelaki mempunyai semangat yang kuat untuk nerubah , tetapi mempunyai usaha yang lemah..
87. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan jika mereka terlalu sayang..
88. Jika seorang lelaki memberitahu yang dia akan hanya mencintai anda sekali dalam seumur hidup, itu bermakna dia benar-benar bermaksudkannya..
89. Lelaki akan benar-benar mengagumi seorang perempuan yang mereka suka walaupun perempuan itu tidak secantik mana..
90. Lelaki tidak suka perempuan yang kuat maki..
Alahaiiii.. penat nya nak tulis 9o fakta tentang lelaki nihh...
oke laaa.. nih jew yew.... bacalah kalau sudi... :D
selamat membaca..
' Smile Is The Shortest Distance Between Two Heart '

Hyep ! Assalamualaikum.. Nama diberi Syazrah.. Menggunakan nama ( Sii Puteri Bongsu ) sebab saya Anak bongsu kepada sepasang suami isteri yang bernama En. Tarmin dan Pn. Maimon... berumur 21(23 november 1992)... Erm.. Nothing special about me.. just the ordinaryy gurllll yang mempunyai seorang mak ayah yang bek hati... hihihi ^_^ 
Skin by: 




